Tuesday 3 March 2020

PULAU - PULAU DI TERENGGANU

PULAU - PULAU DI TERENGGANU

Hai semua... Hari ni aina nak bagitahu mengenai Pulau - pulau yang ada di Terengganu... Di Terengganu terkenal dengan pulaunya yang menarik dan tertarik gitu... keindahan pulau yang dipelihara agar kekal indah dan bersih...

Sekarang aina perkenalkan pulau - pulaunya...

1.

Pulau Redang merupakan pulau yang paling popular di Terengganu. Ianya terletak kira - kira 46km dari persisiran pantai Kuala Terengganu dan merupakan pulau terbesar daripada semua pulau yang ada di Laut China Selatan & dalam perairan negeri Terengganu. Pulau Redang menawarkan air laut yang sangat jernih dan banyak lokasi menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Jika snorkeling di sini anda boleh jumpa dengan banyak kehidupan marin dengan mudah. Menarik  bukan? Tak rugi jika anda pergi ke Pulau Redang ini... Pulau Redang pasti menjadi kesukaan anda... Tempah dengan kami sekarang di Zamar Travel & Tours... Harga yang sangat murah dan berbaloi - baloi...

2.

Pulau yang kedua ialah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian dikenali sebagai syurga untuk menyelam... Pulau Perhentian di Terengganu ini terdiri daripada dua (2) pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Nama Perhentian ini diberi sebab dahulunya pulau ini menjadi tempat perhentian para pedagang yang berlayar di antara Malaysia dan Bangkok.

Kehidupan marin di sini juga setanding dengan Pulau Redang. Pulau ini juga menjadi destinasi wajib bagi setiap penyelam yang bercuti di pulau yang ada di Terengganu. Pulau Perhentian dijaga dengan baik agar menjadi tarikan para pelancong dari dalam negara mahupun di luar negara. Aktiviti utama pelancong di pulau ini adalah snokeling dan scuba diving.

Kepada anda yang suka akan hidupan laut, Pulau Perhentian merupakan pulau yang wajib anda kunjungi. Daftar dengan kami sekarang... Zamar Travel & Tours...

3.

Seterusnya, Pulau Kapas. Destinasi pulau yang santai.  Pulau Kapas terletak berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu. Pulau Kapas tidaklah sepopular seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian, oleh sebab itu, di sini tidaklah sesak dengankehadiran pelancong terutama pada musim cuti sekolah. Selalunya, pelancong pergi ke pulau ini lebih kepada nak bersantai - santai berehat di tepi pantai, divng dan juga snorkeling.

Terumbu batu karang di sini & ikan - ikan yang cantik serta penyu sangat menarik untuk aktiviti snorkeling.  Pulau ini merupakan pulau yang sangat cantik, bersih dan air laut jernih membiru, pepohon kelapa yang melambai serta gua dengan burung layang - layang.

4.
Pulau yang ke-4, Pulau Lang Tengah. Pulau ini dikenal sebagai Pulau Kebanggaan Orang Dungun. Pulau Lang Tengah merupakan pulau kecil yang terpencil, terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah berada kira - kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan kira - kira 22 km dari persisiran pantai semenanjung. 

Pulau Lang Tengah juga menarik untuk dijadikan tempat honeymoon. Waktu terbaik untuk pergi ke pulau ini adalah di antara bulan May - Oktober. Di sini, anda boleh melawat tapak sarang penyu hijau yang bertelur pada bulan May - September setiap tahun. Keindahan alam semula jadi pasti cantik dan menarik. Tempah sekarang di Zamar Travel and Tours... 

Setakat itu sahaja perkongsian aina untuk kali ini. Aina akan kongsikan lagi di masa akan datang mengenai pulau - pulau yang menarik di sekitar Malaysia. Selamat membaca semua... 

CAN CONTACT US FOR FURTHER INFORMATION…

πŸ“² BELLA : www.wasap.my/60132742286
πŸ“² ALIA : www.wasap.my/60106572286
πŸ“² SHAH : www.wasap.my/60123742286

πŸ“§ Email: info@zamartravel.com.my | shah@zamartravel.com.my
www.zamartravel.com.my

πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»
Mohon #like, #share & #tag kepada ahli keluarga, saudara mara & teman rapat anda. Tawaran ini mungkin tidak dapat dilepaskan!!!!
#janganlupashare #jalanjalan #cucimata #carimakan  #holiday #groundpackage #family #kawankawan #missAina #missBella #cutisekolah #pulauSipadan #pulau besar #johor #johorbahru #pulaukapas #terengganu #pulaupemanggil #pemanggilisland #sabah #kundasang #kotakinabalu #pakejmurah #makanseafood @cuticutimalaysia #visitmalaysia2020 #malaysiaselamat πŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”Ί

No comments:

Post a Comment

welcome


Golf sport is for all ages

THE INTERESTING AND ENJOYABLE GOLF SPORT FOR ALL OF US Golf is a sport that is suitable for all ages and all abilities. Exercising while...