welcome


Friday, 14 July 2017

MUSIM SEJUK DI BEIJING

Hai semua selamat mengunjungi blog Zamar Travel and Tours. Kami ingin mengongsikan tips tips yang dapat menolong anda semasa anda mengunjungi negara yang mempunyai musim sejuk. Disebabkan kami ada buat promosi pakej ke Beijing China selama 7Hari 5Malam pada hujung tahun ini, jadi kami ingin bercerita sedikit macam mana musim sejuk di Beijing, China.

Musim sejuk di China akan bermula pada awal bulan November hingga bulan akhir Mac. Musim sejuk di Beijing adalah antara yang terlampau sejuk dan antara yang paling lama dan udaranya jugak sangat kering. Musim sejuk di Beijing pada bulan Disember suhunya menurun di bawah 0°C sehingga -2°C. Salji turun tidak menentu. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang seminggu 3-4 kali, kadang-kadang sebulan 2 kali.

Pada bulan Januari suhunya paling sejuk dengan purata suhunya ialah -4°C. Namun begitu suhu di Beijing boleh turun tersangat melampau sehingga -17°C atau -20°C pada bulan Januari. Oleh kerana musim sejuknya panjang dan terlalu sejuk, air sungai, tasik dan parit menjadi beku. Pada bulan Februari suhunya pula semakin meningkat dengan purata suhunya ialah -1°C dan semakin meningkat lagi pada bulan March dengan purata suhunya ialah 6°C. 

Jadi sebabkan di cuaca di Beijing sangat sejuk ini adalah tips yang patut anda tahu semasa berada disana :

  1. Gunalah Losyen Pelembab yang Sesuai
  2. Pakaian Dalam - Thermal Underwear atau Long Johns
  3. Jaket Dalam (Inner Jacket)
  4. Jaket Luar (Outer Jacket/Winter Jacket)
  5. Stokin dan Sarung Tangan (mittens)
  6. Kasut Boot
  7. Wollen Muffler
  8. Beanie
  9. Earmuffs
  10. Warm Pad

example